Food

Tofu Jepun Telur Omelette

Saturday, June 07, 2014

Masakan Ringkas dan cepat: Tofu Jepun Telur omelet

Bagi wanita yang bekerja, kita sentiasa mengejar masa. Oleh itu kita perlu masakan yang senang dan menjimat masa. Saya sentiasa menyimpan stok tofu di peti ais. Tofu adalah bahan yang senang di masak dan boleh di jadikan sejenis masakan sampingan dengan cepat.



Bahan:
1 tiub tofu Jepun
2 biji telur (pukul rata dengan sedikit garam)
1 biji bawang merah
1 batang daun saderi
Garam dan lada


Cara Memasak:
A. 
1. Bawang merah di hiris
2. Daun Saderi dipotong 4 cm panjang
3. Potong tofu melalui pembalut plastiknya kepada 2 bahagian. Tekan hujung untuk mengeluar dari tiub.
    Kemudian, hiris 0.5 cm tebal.
B
1. Panaskan minyak, goreng tofu. Keluarkan.
2. Masukkan 1 sudu besar minyak, tumis bawang dengan sedikit garam.
3. Tuangkan bancuhan telur, kecilkan api. Masuk tofu yang telah di goreng. Tutup tofu dengan telur.
4. Masuk daun saderi, tambah lada dan garam sehingga cukup rasa. Kacau dan pecahkan campuran
    telur dan tofu itu.

* Daun Saderi boleh di ganti dengan daun bawang atau daun kuchai. Masakan ini boleh dimasak tanpa apa-apa jua daun/ sayur bagi orang yang tidak suka makan sayur

Versi Bahasa Inggeris boleh di baca di:Japanese Tofu Omelette

You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE

Like us on Facebook