Mari Melancong Ke Taiwan, Time for Taiwan


Taiwan, negara yang penuh dengan tempat menarik, pemandangan semulajadi yang indah and kebudayaan yang unik. Mengikut Chef Dato' Fazley Yaakob, Taiwan adalah sebuah negara yang mesra dan terdapat banyak restoran yang halal. Hotel dan restoran segara menghulurkan menu halal bila mengetahui anda beragama Islam.


Taiwan telah berusaha untuk menawarkan persekitaran ‘Muslim friendly’ yang menarik minat umat Islam untuk mengunjungi Taiwan dan jumlah pengunjung umat Islam sedang meningkat dengan stabil. Taiwan telah berupaya untuk meneroka pasaran pelancongan muslim dengan menambahkan kemudahan surau dan tandas bidet, malahan menggalakkan restoren untuk mendapatkan pengiktirafan halal supaya umat islam dapat melancong dengan lega dan ceria. Kedudukan Taiwan telah meningkat dari kesepuluh kepada ketujuh dalam senarai destinasi bukan Pertubuhan Kerjasama Islam (Non-OIC) Tahun 2016 yang diterbit oleh MasterCard-CrescentRating bersama dengan HalalTrip, ia menunjukkan bahawa Taiwan sedang mengarah sebagai destinasi pelancongan Islam yang indikatif. 


I menghadiri promosi Melancong ke Taiwan (Time for Taiwan) minggu lepas yang ditajai oleh Biro Pelancongan Taiwan (Taiwan Tourism Board). I terkagum juga bila di beritahu terdapat banyak kedai-kedai makanan halal. Tema program ialah "Masakan Taiwan, Membeli-belah dan Pelancongan bagi orang Muslim"


Chef Dato' Fazley, juara Masterchef Selebriti Malaysia Tahun 2012 dan juga aktif sebagai seorang pelakon, penyanyi, penulis melancarkan event ini. Beliau bermula dengan menyanyi sebuah lagu Kantonis yang terus mendapat sambutan mesra. Beliau berasa makanan yang dijual di pasar Taipei seperti Po Bu Zi (Cordia dichotoma) dan Onsen Tamago (telur separuh matang) sangat istimewa, beliau juga memuji perancangan ruang dalam pasar ikan di Taipei yang kemas, cantik dan bersih.

"Taiwan merupakan bandar antarabangsa yang moden, selamat dan selesa, rakyatnya juga mesra dan peramah, saya juga amat terharu apabila ditegur sapa dengan "Welcome to Taiwan", katanya.


Majlis Time for Taiwan di lancarkan di St. Giles Hotel, Westside Room, Kuala Lumpur pada 7 Ogos 2016. Beberapa jenis cabutan bertuah diberi antaranya yang best ialah tiket penerbangan ulang alik antara Malaysia ke Taiwan (2 set) dan kupon penginapan di Taiwan (2 set). Adik di atas amat bertuah mendapat cabutan penginapan percuma.


Cik mek molek ini dapat tiket penerangan percuma ke Taiwan! Beliau amat terharu dan gembira sehingga menitis air mata!!


Pemenang-pemenang cabutan hadiah bertuah


Sedihnya, I bertuah pada hari itu.........huhu....




I sertakan beberapa risalah tentang restoran dan penginapan dan masjid di Taiwan kat sini.




Mengikut keterangan Chef Dato' Fazley suasana di jalan raya amat selamat walaupun larut malam. Malahan, Taiwan mempunyai lintasan keretapi elektrik yang moden dan lengkap. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk pada Facebook Taiwan 


Selamat melancong ke Taiwan! Enjoy!

Post a Comment

0 Comments