Events

Domino's Pizza memperkenalkan "Golden Chicken"

Thursday, March 26, 2015

Domino's Pizza memperkenalkan menu baru Golden Chicken dan logo baru "PaySameOrLess" kempen di Malaysia. Domino's Pizza Malaysia  komited dan memastikan harga baru yang anda bayar itu sama atau kurang dari harga sebelumnya. Mulai sekarang, harga yang anda lihat itu harga bersih, termasuk GST 6% Cukai Kerajaan.

.
"Golden Chicken" dari Domino's Pizza  ada empat rasa, dua pedas dan dua biasa. Ketulan daging di masak enak dalam ketuhar, kemudian diselaputi dengan sos. Yang pedas ialah Mexican dan Italiano dan yang biasa ialah Mediterranean dan Golden Outback
Ayam "Golden Italiano Chicken" ialah ketulan daging ayam pedas, panas dari ketuhar yang diselaputi sos pesto, nenas, tomato dan keju mozzarella.
Peminat sos salsa akan suka "Golden Mexican Chicken" kerana pedas dan wangi. Ia diselaputi dalam sos salsa, ditambah pula nenas, lada hijau, buah zaitun dan tomato ceri.

"Golden Mediterranean Chicken" mempunyai sos Napolitana, tomato ceri, buah zaitun dan keju feta.

Ketulan ayam "Golden Outback Chicken" pula diselaputi dengan sos BBQ, lada hijau, cili merah dan buah zaitun.
Harga pengenalan sekarang ialah RM10.50 nett setiap satu. Harga biasa akan jadi RM15.50, jadi cepat menikmati harga promosi ini sebelum tamat!

Bentuk Golden Chicken ini nampak bulat seperti di atas. Daging ayam yang enak, lembut dan sihat dimakan kerana ia dibakar di ketuhar. Selepas di bakar, ia diselaputi dengan sos dan lain-lain seperti pizza. Idea yang bagus dari Domino's Pizza! Terutama sekali bagi sesiapa yang lebih suka daging ayam dari kulit roti biasa pizza!


Promosi empat jenis "Golden Chicken" menu baru  Domino's Pizza.
Aksi pekerja Domino's Pizza yang menarik dan comel.

Terima kasih kepada Ms. Chrissie atas jemputan ke promosi "Go for Gold With Domino's Pizza" di Tropicana Golf & Country Resort ,Petaling Jaya, Selangor.

Untuk Versi Bahasa Inggeris, sila layari: Domino's Pizza New Menu Golden Chicken  




You Might Also Like

1 comments

  1. Wah! Bestnyer dapat mencuba menu baru dari Domino's pizza. Pasti sgt lazat!

    ReplyDelete

SUBSCRIBE

Like us on Facebook