Reviews

Shiok Kopitam@Bandar Kinrara 3, Puchong, Selangor

Tuesday, June 24, 2014

Shiok Kopitam telah di buka di Bandar Kinrara sejak 2008. Ia adalah restaurant halal yang berada di Bandar Kinrara Seksyen 3. Saya pernah dengar tentang Shiok Kopitiam ini tetapi tidak sempat mengunjunginya. Minggu lepas, I nampak ternampak papan iklan Shiok Kopitiam semasa memandu dalam kawasan Bandar Kinrara. Restaurant ini telah buka selama 6 tahun! Syabas! Tahniah pada sekumpulan ahli Kelab Rotary yang membuka kedai ini.

Special Ice Blended Chocolate dan Michael Jackson






Temanya ialah "Your Neighbourhood Kopitiam", iaitu kopitam di dalam kawasan perumahan seperti berdekatan seperti jiran di mana pelanggan boleh makan dengan mesra dan selesa. Lokasnya memang sesuai dalam kawasan perumahan yang aman, nyaman dan sejuk dengan pokok-pokok.

Saya sampai pada Shiok Kopitiam pada pukul 11pagi. Terdapat beberapa meja telah penuh dengan pelanggan yang terdiri dari keluarga. Shiok Kopitiam menyediakan menu khas untuk sarapan pagi juga.
Apabila sampai tengah hari, nampaknya semua meja telah di penuhi.


Makanan yang dihidangkan sedap dan kuantitinya banyak. Tempat in selesa dan memberi WIFI percuma. Ia juga tempat sesuai bagi pemuda-pemudi gen. Y untuk makan minum sambil melayari laman web.



Alamat: Shiok Kopitam
No: 9, Jalan BK3/2, Bandar Kinrara, 43300, Puchomg, Selangor. Tel: 03-80751017
Menu dan keterangan lanjut boleh didapati di Shiok Kopitiam

You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE

Like us on Facebook